TIMSS
TIMSS
dimulakan pada tahun 1995 dan berlangsung sehingga hari ini. TIMSS akan
dijalankan setiap 4 tahun dan penyertaan bagi setiap tahun berubah bergantung
kepada kesanggupan dan kemahuan sesebuah negara untuk mengambil bahagian.
Malaysia tidak mengambil bahagian pada tahun yang pertama iaitu tahun 1995
tetapi mula mengambil bahagian pada tahun yang kedua, 1999 dengan pelajar dari
gred 8 atau Tingkatan 2. Semasa TIMSS mula dijalankan di Malaysia, negara kita
tidak menghantar bagi menguji pelajar gred 4 kita atas faktor-faktor tententu.
150 buah sekolah diserata pelusuk semenanjung dan Sabah serta Sarawak dipilih
secara rawak bagi memastikan ujian dapat dijalankan secara adil Menurut laman
web rasmi TIMSS tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengukur prestasi
pencapaian matematik dan sains para pelajar dari Gred 4 dan Gred 8(Tingkatan 2)
di peringkat antarabangsa. Objektif lainya adalah untuk membuat penilaian pencapaian
pelajar antarabangsa bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dalam matematik
dan sains
TIMSS
mementingkan keadilan dan kebolehpercayaan sistem ujian mereka yang dijalankan
disemua negara yang terlibat. Sudah pastu IEA mempunyai sebuah sistem dan cara
pemilihan sampel yang sesuai. Jika di Malaysia populasi yang dipilih adalah
murid tingkatan2 disemua jenis sekolah di bawah KPM. IEA menggunakan teknik Stratified Multi Stage
Cluster Sampling yang membuat pemilihan sekolah yang menyertai disaring dengan
beberapa kriteria. Beberapa saringan dibuat yang mengambil kira kawasan(
semenanjung utara, barat, selatan dan barat), sekolah bandar, luar bandar, dan
jenis-jenis sekolah. Pemilihan sampel murid pula diambil secara rawak. Sebuah
kelas dipilih dari satu tingkatan didalam sekolah tersebut untuk menjalani
ujian. Pihak KPM tidak boleh terlibat secara langsung didalam pemilihan sekolah
bagi mengelakkan berlaku pemilihan yang tidak adil.
Selain cara pemilihan sampel, cara pengujian dan
instrumen ujian perlu dijalankan dengan secara adil dan teliti. IEA menggunakan
beberapa instrumen didalam TIMSS iaitu buku ujian, soal selidik murid, soal
selidik guru dan soal selidik sekolah.. Buku ujian yang dibina mengandungi 12
jenis yang berlainan tetapi setara tahapnya. Buku ujian disediakan oleh panel
pakar dari seluruh dunia dan berbentuk aneka pilihan dan terbuka. Ia juga
disediakan dalam dwi-bahasa , Bahasa Inggeri dan Bahasa Malaysia bagi
memudahkan pelajar yang diuji menjawab soalan yang disediakan. Setiap negara
yang mempunyai bahasa rasmi mereka selain dari bahasa inggeris juga akan
disediakan dwi-bahasa. Soal sedlidik pula terbahagi kepada soal selidik murid,
guru dan sekolah. Soal selidik murid menekankan tentang sikap dan konsep
kendiri murid terhadap matematik dan sains, harapan ibu bapa dan aktivit murid
didalam dan diluar sekolah.. Soal selidik guru matematik pula ditanya tentang
latar belakang guru tersebut dan proses pengajaran dan pembelajarannya didalam
kelas. Selain itu, pihak sekolah juga diberi boring soal selidik yang
menekankan bilangan staf, enrolmen, peralatan, kemudahan sekolah dan jumlah
masa pengajaran.
Jadual
1 dibawah menunjukkan Benchmark atau
tahap yang disediakan IEA untuk menilai tahap sesebuah negara. Benchmark tersebut terbahagi kepada 4
kategori Low, Intermediate, High dan Advance Benchmark. Untuk kelas yang
terendah pelajar hanya mempunyai asas sedikit tentang asas pengetahuan
matematik. Bagi kelas sederhana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang
mereka belajar dan bagi kategori tinggi pelajar dapat mengaplikasikan
kefahamana dan pengetahuan dalam pelbagai situasi yang lebih kompleks. Bagi
benchmark yang tertinggi pelajar sudah boleh mengorganisasikan dan membuat
kesimpulan serta menyelesaikan soalan bukan rutin.
Low International Benchmark
|
Intermediate International Benchmark
|
High International
Benchmark
|
Advanced
International
Benchmark
|
(400)
|
(475)
|
(550)
|
(625)
|
Gred 4
|
|||
Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan asas
Matematik.
|
Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan asas
Matematik dalam soalan yang mudah.
|
Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
dalam menjawab soalan.
|
Pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan
pengetahuan dalam pelbagai konteks soalan yang kompleks dan dapat menjelaskan
setiap jawapan yang diberikan.
|
Gred 8
|
|||
Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan
mengenai nombor bulat dan titik perpuluhan, operasi dan graf asas.
|
Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan asas Matematik
dalam soalan yang mudah.
|
Pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan
dalam pelbagai konteks situasi yang kompleks.
|
Pelajar boleh mengorganisasikan dan membuat
kesimpulan daripada maklumat, membuat generalisasi dan menyelesaikan soalan
bukan rutin.
|
Jadual
1
Bagi
memastikan keadilan dan kebolehpercayaan ujian ini pihak IEA merangka pentaksiran berdasarkan dua domain. Domain
yang pertama adalah domain kandungan. Domain kandungan dibahagikan kepada
nombor 30%, algebra 30%, geometri 20% dan data and chance 20%. Seterusnya
domain kognitif pula terbahagi kepada pengetahuan 35%, aplikasi 40% dan
penaakulan 25%. Domain kognitif yang paling tinggi adalah aplikasi. Pelajar di
Malaysia hanya mahir pengetahuan tetapi tidak menguasai aplikasi pengetahuan
itu.
PISA
PISA dianjurkan oleh satu pertubuhan negara-negara
maju dan membangun iaitu Organisation for Economic Cooperation and Development
(OECD) yang bertujuan mengukur pencapaian murid berumur 15 tahun ke atas dalam
domain literasi matematik, literasi sains dan juga literasi bacaan untuk
menilai pengetahuan dan kemahiran remaja untuk menjadi ahli masyarakat yang
berjaya. Pada asalnya OECD ditubuhkan untuk mentadbir rancangan penstrukturan
semula negara Eropah selepas Perang Dunia Kedua. PISA dilakukan atas desakan
negara-negara ahli untuk mendapatkan data yang relevan dan boleh dipercayai
tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar serta system pendidikan negara
mereka.
Pada
pertengahan tahun 1990, OECD mula merancang pembentukan PISA dan kemudiannya
dirasmikan pada tahun 1997. Namun begitu, pelaksanaan PISA buat pertama kalinya
diadakan pada tahun 2000. Tempoh pelaksanaan PISA adalah selang tiga tahun
sekali bermula pada tahun 2000 dan diikuti tahun 2003, 2006, 2009 dan 2012.
Malaysia mula menyertai PISA pada tahun 2009 iaitu tahun keempat
pelaksanaannya. Pada PISA 2015 yang bakal dijalankan pada bulan Jun 2015 ini
merupakan penyertaan Malaysia buat kali ketiga. Ketika PISA pertama kali
diadakan, sebanyak 43 negara telah mengambil bahagian antaranya Amerika Syarikat,
United Kingdom, Australia, Korea Selatan, Jepun dan juga beberapa negara lain.
PISA
ditaja, ditadbir dan diselaraskan oleh OECD manakala reka bentuk ujian,
pelaksanaan dan analisis data diwakilkan kepada konsortium antarabangsa di
institusi penyelidikan dan pendidikan yang diterajui oleh Majlis Penyelidikan
Pendidikan Australia (ACER). Tugas umum ACER ialah membangunkan dan
melaksanakan prosedur persampelan dan memantau hasil pensampelan di seluruh
negara. Selain itu, instrumen penilaian PISA juga dibina dan ditapis oleh ACER.
Di samping itu, ACER telah membangunkan sebuah perisian yang dikenali sebagai
KeyQuest untuk membantu pensampelan dan perolehan serta penganalisisan data.
OECD berpendapat
bahawa PISA merupakan satu kaedah ujian yang sangat unik. Hal ini demikian
kerana PISA memberi manfaat daripada ciri-cirinya yang bersifat universal iaitu
dilakukan di hampir seluruh negara di dunia dan kekerapan pelaksanaannya.
Terdapat lebih daripada 70 buah negara di dunia yang mengambil bahagian dalam
pelaksanaan PISA setakat ini dan kaji selidik yang diberi setiap tiga tahun
membolehkan setiap negara untuk mengesan kemajuan mereka dalam memenuhi
matlamat utama pembelajaran. PISA juga adalah satu-satunya kajian pendidikan
antarabangsa untuk mengukur pengetahuan
dan kemahiran daripada remaja yang berumur 15 tahun iaitu usia pelajar di
kebanyakan negara yang sudah hampir
kepada penghujung tahun wajib persekolahan.
Di Malaysia, sampel kajian dipilih
dalam kalangan murid yang berumur 15 tahun ke atas di semua jenis sekolah di
seluruh Malaysia. Kaedah pemilihan sampel sekolah adalah dengan menggunakan
kaedah Stratified Multi Stage Cluster Sampling. Melalui kaedah pemilihan ini, sebanyak 150 buah sekolah
dipilih secara rawak dan kebarangkalian untuk setiap negara menghantar semua
sampel yang terdiri daripada sekolah yang cemerlang adalah sangat tipis. Oleh
yang demikian, satu sampel yang mempunyai kepelbagaian sama ada dari segi latar
belakang sekolah atau latar belakang sosioekonomi dapat dihasilkan sekaligus
menjadikan penilaian prestasi antara negara lebih berkesan. Untuk sampel murid
pula, sebanyak 35 orang murid dipilih secara rawak dengan menggunakan aplikasi
yang dibangunkan oleh ACER iaitu aplikasi KeyQuest.
Keunikan
PISA juga dapat dilihat daripada pemeriksaan penguasaan kurikulum tertentu di
sekolah yang menilai keupayaan pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang pengajian utama dan menganalisis, menjelaskan dan
berkomunikasi dengan berkesan di samping mereka meneliti, mentafsir dan juga
menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar tidak boleh mempelajari kesemua
perkara yang mereka perlu tahu hanya di sekolah. Dalam usaha untuk menjadi
pelajar yang mengamalkan kaedah pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learners) yang berkesan,
pelajar bukan hanya memerlukan pengetahuan dan kemahiran tetapi juga kesedaran
yang tinggi tentang tujuan dan kaedah mereka belajar. Oleh yang demikian PISA
menguji dan menilai prestasi pelajar di dalam literasi bacaan, literasi
Matematik dan juga literasi Sains di samping memupuk pelajar tentang motivasi
dalam diri mereka, kepercayaan kepada diri sendiri dan juga strategi
pembelajaran.
Sehingga
kini, PISA telah menjalankan ujian menggunakan kaedah pensel dan kertas ujian (pencil-and-paper tests). Soalan ujian
terdiri daripada kedua-dua bentuk iaitu soalan objektif dan soalan yang
memerlukan pelajar untuk membina jawapan mereka sendiri. Bentuk-bentuk soalan
selalunya terdiri daripada beberapa potong ayat yang disertakan dengan gambar,
graf atau jadual yang menyatakan situasi kehidupan sebenar. Setiap pelajar
menduduki ujian selama dua jam tempohnya. Pada tahun 2009 dan 2012, hanya
beberapa negara telah memilih untuk menumpukan masa untuk penilaian berasaskan
komputer manakala pada tahun 2015 pelaksanaan PISA juga akan melibatkan
simulasi ujian berkomputer tanpa ada pengecualian.
Untuk
pemilihan soalan PISA, semua negara peserta dijemput untuk mengemukakan soalan
kepada kontraktor atau lebih dikenali sebagai konsortium antarabangsa. Di
samping itu, konsortium antarabangsa juga turut menulis beberapa soalan dalam
masa yang sama. Kemudiannya, soalan-soalan yang dikemukakan akan dikaji semula
oleh konsortium antarabangsa untuk memastikan soalan tidak bias kepada sesuatu
negara. Pemilihan dan penentuan soalan PISA dilakukan atas dasar sebuat suara
dan akan digunakan dalam PISA. Seterusnya, soalan yang telah dipilih akan
dijalankan secara percubaan bagi untuk mengenalpasti sama ada terdapat soalan
yang terlalu sukar atau terlalu mudah bagi sesebuah negara. Sekiranya terdapat
soalan yang terlalu sukar atau terlalu mudah, ACER bertanggungjawab
menggugurkan daripada ujian PISA sebenar.
Instrumen
kajian PISA terdiri daripada empat perkara iaitu ujian bertulis, soal selidik
murid, ujian berkomputer dan juga soal selidik pengetua. Bagi ujian bertulis,
masa diperuntukkan kepada pelajar adalah selama 2 jam untuk menjawab soalan
yang terdiri daripada item-item aneka pilihan dan juga soalan terbuka.
Item-item tersebut disusun dalam kumpulan berdasarkan teks yang menggambarkan
situasi dalam kehidupan sebenar. Ujian berkomputer pula merangkumi sebanyak 18
hingga 20 soalan berbentuk penyelesaian masalah. Murid akan menggunakan
komputer untuk membuat simulasi sebelum menjawab soalan PISA. Soal selidik murid dilakukan untuk mengkaji
latar belakang murid, persepsi dan juga sikap murid terhadap subjek Sains,
Matematik dan juga kemahiran membaca. Selain itu, soal selidik ini juga menilai
tahap motivasi dan amalan strategi pembelajaran murid. Soal selidik pengetua
pula bertujuan mengumpul maklumat berkenaan sekolah. Maklumat soal selidik membantu negara untuk
melihat perkaitan antara keputusan PISA dengan faktor yang mempengaruhinya
seperti jantina, perpindahan sekolah, latar belakang sosioekonomi, sikap
pelajar tentang sekolah dan pendekatan pembelajaran yang digunakan.
Setiap negara peserta mesti
menyediakan sampel sekurang-kurangnya 5000 pelajar. Namun begitu, sekiranya
negara tersebut mempunyai bilangan penduduk yang sedikit, maka keseluruhan kohort
akan diuji manakala bagi negara yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai,
maka sampel lebih besar diperlukan untuk perbandingan antara wilayah. Untuk
penskalaan data pula, markah diskalakan supaya purata setiap domain adalah 500
dan sisihan piawai adalah 100. ACER telah melantik beberapa orang penanda ujian
PISA yang ditauliahkan bagi setiap negara untuk menanda skrip jawapan PISA
menggunakan panduan yang telah ditetapkan oleh pakar PISA. Penandaan skrip
disilang periksa oleh pakar lain bagi meminimumkan kesalahan yang dilakukan
ketika melakukan penandaan. Data akhir akan dihantar ke OECD untuk menentukan
kedudukan PISA bagi negara yang mengambil bahagian.
PISA tidak diberikan markah secara
kolektif sebaliknya markah diberi untuk setiap subjek dan kedudukan
negara-negara disenaraikan mengikut skor purata setiap domain. Malaysia mula
menyertai PISA pada tahun 2009 dan berada pada tempat ke-57 daripada 74 negara
peserta dengan skor sebanyak 404. Skor min antarabangsa pada tahun 2009 ialah
458 dan hal ini menunjukkan pencapaian Malaysia masih di bawah tahap memuaskan
dan perlu lebih banyak penambahbaikan. Pada tahun 2012, Malaysia berada pada
kedudukan ke-52 daripada 65 negara peserta dengan skor 421 berbanding skor
antarabangsa iaitu sebanyak 494. Berdasarkan kedudukan dan skor yang diperoleh
Malaysia, terdapat banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan agar tahap pendidikan
Malaysia berada setaraf dengan negara-negara lain seperti China, Singapura,
Korea Selatan, Jepun dan juga Finland.
FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PRESTASI
MALAYSIA
Dalam
kajian Kementerian Pendidikan, kedudukan yang tersorot berbanding negara-negara
lain, disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu:
Sikap Murid
Dalam
hal ini, ramai murid yang menyertai PISA tidak bersungguh-sungguh menjawab
soalan PISA kerana mereka menganggap penilaian ini tidak penting. Oleh yang
demikian, semasa pelaksanaan ujian PISA dijalankan, banyak soalan yang tidak
dijawab oleh murid.
Format Soalan PISA
Jika
dilihat dan diteliti, soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan
pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan
awam adalah lebih ringkas dan berdasarkan rajah serta jadual. Oleh sebab itu, pelajar
lebih menunpukan perhatian kepada perperiksaan awam dan kurang serius ketika menjawab soalan-soalan ujian PISA.
Juga bentuk jawapan dalam Perpereksaan Awam tertumpu kepada jawapan pilihan dan
tidak banyak berbentuk penulisan seperti
dalam ujian PISA.
Keutamaan Guru
Faktor
penyumbang yang seterusnya adalah keutamaan guru yang mana kebanyakan guru
lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan
mereka tidak mengambil masa untuk memahamkan murid dengan konsep. Guru juga
menggunakan banyak jalan pintas iaitu menyuruh murid supaya menghafal
terutamnya melalui latihan latih tubi. Oleh sebab itu, murid hanya menghafal
tetapi tidak memahami konsep.
STRATEGI BAGI MENGATASI MASALAH
KEMEROSOTAN PISA
Sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
Sejak
beberapa tahun yang lepas Kementerian Pendidikan berusaha menangani masalah
kemerosotan ini, salah satunya dengan mengenalkan Sistem Pentaksiran Berasaskan
Sekolah(PBS). Sistem PBS ini telah agak lama diperkenalkan di peringkat
antarabangsa dan banyak dikaji dan dibincang di Bangsa-bangsa bersatu. Ianya
telah dilaksanakan di banyak negara di dunia termasuk negara-negaru maju seperti
Australia, Britain, Hong Kong dan juga mulai diperkenalkan di Singapura. Pada
masa kini pentadbiran sistem PBS dipermudahkan lagi dengan adanya sistem
telekomunikasi dan ICT yang canggih di sesebuah negara. Tujuan utama sistem PBS
ialah untuk menambah-baik hasil daripada institusi pendidikan negara. Ianya
bertujuan mengeluarkan graduan-graduan yang lebih baik bukan sahaja dari segi
akademik, tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum disamping mengumpul data
tentang kelebihan dan kelemahan seseorng pelajar. Ia bertujuan mengubah sistem
sekarang yang berorientasikan peperiksaan kepada yang lebih berorientasikan
prestasi seseorang pelajar berasaskan pentaksiran dibuat diperingkat sekolah.
KSSR/KSSM
Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan
Kurikulum Standarrd Sekolah Menengah (KSSM) pula diperkenalkan pada tahun 2017.
KSSR dan KSSM ini merupakan elemen baru iaitu inovasi dan kreativiti dengan
subek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT).
i-Think
i-Think
bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah
hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi
Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah iaitu 6 buah sekolah
rendah dan 4 buah sekolah menengah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin
menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid
berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan
Program i-Think ialah adalah bertujuan untuk
melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif,
kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan
mampu berdaya saing.
Kaedah pembelajaran i-Think ialah dengan menggunakan
8 Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam
8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami
merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8
jenis peta pemikiran yang boleh digunakan iaitu peta bulatan, peta buih, peta
buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan akhir
sekali ialah peta titi.
Kajian Susulan
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat
keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian
kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)
Hasil
kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penanda aras
kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan
Membaca. Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan
menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).
Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
- Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
- Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
- Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
- Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
- Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
- Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
- Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
- Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
- Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
- Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
- Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam
(Higher Order Thinking Skills) HOTs atau pun Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam
pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus
dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.
Task Force PISA
dan TIMSS
Task
Force PISA dan TIMSS telah ditubuhkan selepas mendapat arahan YAB Menteri Pelajaran
dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP) dan diketuai oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK). Task Force ini memberi tumpuan untuk meningkatkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dalam kalangan murid dan guru.
RUMUSAN
Secara
kesimpulannya, apa yang dapat dilihat ialah prestasi murid Malaysia adalah
lemah, khususnya dalam Matematik, yang mana keadaan ini amat membimbangkan
memandangkan penguasaan dalam mata pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai
kunci kepada masa depan yang positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja
untuk mengambil bahagian dalam pengajian tinggi di samping mencapai pendapatan
yang diingini. Tambahan pula, Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD juga
menunjukkan bahawa “kemahiran matematik yang lemah akan menghalang ketercapaian
masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan yang lebih memuaskan.”
Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis
yang membimbangkan dalam pendidikan dan sekiranya tidak ditangani, maka ia akan
membawa kepada kesan jangka panjang yang negatif ke atas pembangunan ekonomi.
No comments:
Post a Comment