FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PRESTASI
MALAYSIA
Dalam
kajian Kementerian Pendidikan, kedudukan yang tersorot berbanding negara-negara
lain, disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu:
Sikap Murid
Dalam
hal ini, ramai murid yang menyertai PISA tidak bersungguh-sungguh menjawab
soalan PISA kerana mereka menganggap penilaian ini tidak penting. Oleh yang
demikian, semasa pelaksanaan ujian PISA dijalankan, banyak soalan yang tidak
dijawab oleh murid.
Format Soalan PISA
Jika
dilihat dan diteliti, soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan
pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan
awam adalah lebih ringkas dan berdasarkan rajah serta jadual. Oleh sebab itu, pelajar
lebih menunpukan perhatian kepada perperiksaan awam dan kurang serius ketika menjawab soalan-soalan ujian PISA.
Juga bentuk jawapan dalam Perpereksaan Awam tertumpu kepada jawapan pilihan dan
tidak banyak berbentuk penulisan seperti
dalam ujian PISA.
Keutamaan Guru
Faktor
penyumbang yang seterusnya adalah keutamaan guru yang mana kebanyakan guru
lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan
mereka tidak mengambil masa untuk memahamkan murid dengan konsep. Guru juga
menggunakan banyak jalan pintas iaitu menyuruh murid supaya menghafal
terutamnya melalui latihan latih tubi. Oleh sebab itu, murid hanya menghafal
tetapi tidak memahami konsep.
STRATEGI BAGI MENGATASI MASALAH
KEMEROSOTAN PISA
Sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
Sejak
beberapa tahun yang lepas Kementerian Pendidikan berusaha menangani masalah
kemerosotan ini, salah satunya dengan mengenalkan Sistem Pentaksiran Berasaskan
Sekolah(PBS). Sistem PBS ini telah agak lama diperkenalkan di peringkat
antarabangsa dan banyak dikaji dan dibincang di Bangsa-bangsa bersatu. Ianya
telah dilaksanakan di banyak negara di dunia termasuk negara-negaru maju seperti
Australia, Britain, Hong Kong dan juga mulai diperkenalkan di Singapura. Pada
masa kini pentadbiran sistem PBS dipermudahkan lagi dengan adanya sistem
telekomunikasi dan ICT yang canggih di sesebuah negara. Tujuan utama sistem PBS
ialah untuk menambah-baik hasil daripada institusi pendidikan negara. Ianya
bertujuan mengeluarkan graduan-graduan yang lebih baik bukan sahaja dari segi
akademik, tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum disamping mengumpul data
tentang kelebihan dan kelemahan seseorng pelajar. Ia bertujuan mengubah sistem
sekarang yang berorientasikan peperiksaan kepada yang lebih berorientasikan
prestasi seseorang pelajar berasaskan pentaksiran dibuat diperingkat sekolah.
KSSR/KSSM
Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan
Kurikulum Standarrd Sekolah Menengah (KSSM) pula diperkenalkan pada tahun 2017.
KSSR dan KSSM ini merupakan elemen baru iaitu inovasi dan kreativiti dengan
subek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT).
i-Think
i-Think
bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah
hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi
Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah iaitu 6 buah sekolah
rendah dan 4 buah sekolah menengah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin
menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid
berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan
Program i-Think ialah adalah bertujuan untuk
melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif,
kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan
mampu berdaya saing.
Kaedah pembelajaran i-Think ialah dengan menggunakan
8 Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam
8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami
merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8
jenis peta pemikiran yang boleh digunakan iaitu peta bulatan, peta buih, peta
buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan akhir
sekali ialah peta titi.
Kajian Susulan
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat
keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian
kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)
Hasil
kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penanda aras
kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan
Membaca. Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan
menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).
Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
- Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
- Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
- Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
- Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
- Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
- Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
- Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
- Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
- Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
- Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
- Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam
(Higher Order Thinking Skills) HOTs atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.
Task Force PISA
dan TIMSS
Task
Force PISA dan TIMSS telah ditubuhkan selepas mendapat arahan YAB Menteri Pelajaran
dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP) dan diketuai oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK). Task Force ini memberi tumpuan untuk meningkatkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dalam kalangan murid dan guru.
RUMUSAN
Secara
kesimpulannya, apa yang dapat dilihat ialah prestasi murid Malaysia adalah
lemah, khususnya dalam Matematik, yang mana keadaan ini amat membimbangkan
memandangkan penguasaan dalam mata pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai
kunci kepada masa depan yang positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja
untuk mengambil bahagian dalam pengajian tinggi di samping mencapai pendapatan
yang diingini. Tambahan pula, Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD juga
menunjukkan bahawa “kemahiran matematik yang lemah akan menghalang ketercapaian
masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan yang lebih memuaskan.”
Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis
yang membimbangkan dalam pendidikan dan sekiranya tidak ditangani, maka ia akan
membawa kepada kesan jangka panjang yang negatif ke atas pembangunan ekonomi.
No comments:
Post a Comment