Friday, 10 April 2015

TIMSS

TIMSS dimulakan pada tahun 1995 dan berlangsung sehingga hari ini. TIMSS akan dijalankan setiap 4 tahun dan penyertaan bagi setiap tahun berubah bergantung kepada kesanggupan dan kemahuan sesebuah negara untuk mengambil bahagian. Malaysia tidak mengambil bahagian pada tahun yang pertama iaitu tahun 1995 tetapi mula mengambil bahagian pada tahun yang kedua, 1999 dengan pelajar dari gred 8 atau Tingkatan 2. Semasa TIMSS mula dijalankan di Malaysia, negara kita tidak menghantar bagi menguji pelajar gred 4 kita atas faktor-faktor tententu. 150 buah sekolah diserata pelusuk semenanjung dan Sabah serta Sarawak dipilih secara rawak bagi memastikan ujian dapat dijalankan secara adil Menurut laman web rasmi TIMSS tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengukur prestasi pencapaian matematik dan sains para pelajar dari Gred 4 dan Gred 8(Tingkatan 2) di peringkat antarabangsa. Objektif lainya  adalah untuk membuat penilaian pencapaian pelajar antarabangsa bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dalam matematik dan sains
TIMSS mementingkan keadilan dan kebolehpercayaan sistem ujian mereka yang dijalankan disemua negara yang terlibat. Sudah pastu IEA mempunyai sebuah sistem dan cara pemilihan sampel yang sesuai. Jika di Malaysia populasi yang dipilih adalah murid tingkatan2 disemua jenis sekolah di bawah KPM.  IEA menggunakan teknik Stratified Multi Stage Cluster Sampling yang membuat pemilihan sekolah yang menyertai disaring dengan beberapa kriteria. Beberapa saringan dibuat yang mengambil kira kawasan( semenanjung utara, barat, selatan dan barat), sekolah bandar, luar bandar, dan jenis-jenis sekolah. Pemilihan sampel murid pula diambil secara rawak. Sebuah kelas dipilih dari satu tingkatan didalam sekolah tersebut untuk menjalani ujian. Pihak KPM tidak boleh terlibat secara langsung didalam pemilihan sekolah bagi mengelakkan berlaku pemilihan yang tidak adil.
Selain cara pemilihan sampel, cara pengujian dan instrumen ujian perlu dijalankan dengan secara adil dan teliti. IEA menggunakan beberapa instrumen didalam TIMSS iaitu buku ujian, soal selidik murid, soal selidik guru dan soal selidik sekolah.. Buku ujian yang dibina mengandungi 12 jenis yang berlainan tetapi setara tahapnya. Buku ujian disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia dan berbentuk aneka pilihan dan terbuka. Ia juga disediakan dalam dwi-bahasa , Bahasa Inggeri dan Bahasa Malaysia bagi memudahkan pelajar yang diuji menjawab soalan yang disediakan. Setiap negara yang mempunyai bahasa rasmi mereka selain dari bahasa inggeris juga akan disediakan dwi-bahasa. Soal sedlidik pula terbahagi kepada soal selidik murid, guru dan sekolah. Soal selidik murid menekankan tentang sikap dan konsep kendiri murid terhadap matematik dan sains, harapan ibu bapa dan aktivit murid didalam dan diluar sekolah.. Soal selidik guru matematik pula ditanya tentang latar belakang guru tersebut dan proses pengajaran dan pembelajarannya didalam kelas. Selain itu, pihak sekolah juga diberi boring soal selidik yang menekankan bilangan staf, enrolmen, peralatan, kemudahan sekolah dan jumlah masa pengajaran.
Jadual 1 dibawah  menunjukkan Benchmark atau tahap yang disediakan IEA untuk menilai tahap sesebuah  negara. Benchmark tersebut terbahagi kepada 4 kategori Low, Intermediate, High dan Advance Benchmark. Untuk kelas yang terendah pelajar hanya mempunyai asas sedikit tentang asas pengetahuan matematik. Bagi kelas sederhana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang mereka belajar dan bagi kategori tinggi pelajar dapat mengaplikasikan kefahamana dan pengetahuan dalam pelbagai situasi yang lebih kompleks. Bagi benchmark yang tertinggi pelajar sudah boleh mengorganisasikan dan membuat kesimpulan serta menyelesaikan soalan bukan rutin.
Low International Benchmark
Intermediate International Benchmark
High International
Benchmark
Advanced
International
Benchmark
(400)
(475)
(550)
(625)
Gred 4
Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan asas Matematik.
Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan asas Matematik dalam soalan yang mudah.
Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam menjawab soalan.
Pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan dalam pelbagai konteks soalan yang kompleks dan dapat menjelaskan setiap jawapan yang diberikan.
Gred 8
Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan mengenai nombor bulat dan titik perpuluhan, operasi dan graf asas.
Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan asas Matematik dalam soalan yang mudah.
Pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan dalam pelbagai konteks situasi yang kompleks.
Pelajar boleh mengorganisasikan dan membuat kesimpulan daripada maklumat, membuat generalisasi dan menyelesaikan soalan bukan rutin.
Jadual 1


Bagi memastikan keadilan dan kebolehpercayaan ujian ini pihak IEA merangka  pentaksiran berdasarkan dua domain. Domain yang pertama adalah domain kandungan. Domain kandungan dibahagikan kepada nombor 30%, algebra 30%, geometri 20% dan data and chance 20%. Seterusnya domain kognitif pula terbahagi kepada pengetahuan 35%, aplikasi 40% dan penaakulan 25%. Domain kognitif yang paling tinggi adalah aplikasi. Pelajar di Malaysia hanya mahir pengetahuan tetapi tidak menguasai aplikasi pengetahuan itu.